Mengapakah beraya di kampung lebih baik ??
1. Ramai saudara balik serentak ke kampung halaman, maka lebih senanglah buat kita untuk menemui mereka. Kemeriahan ditambah pula dengan gelak ketawa hasil gurau senda antara saudara-mara pasti menggamit seribu keindahan sempena syawal yang mulia. Selain itu, kebiasaannya, di kampung terdapat datuk dan nenek yang masing-masing merindui anak cucu mereka. Oleh itu, apabila anak cucu mereka pulang ke kampung, pasti akan menyenangkan hati mereka, sekaligus menyenangkan dan menggembirakan hati semua pihak.
2. Persediaan menyambut perayaan di kampung halaman, mampu mengikis sikap berdiam diri, pentingkan diri dan pemalas. Hal ini kerana, hanya di kampung sahaja, persediaan menyambut hari yang gilang gemilang itu dilakukan secara bergotong-royong. Di samping itu, terdapat juga pengkhususan kerja buat semua ahli keluarga. Mereka akan buat kerja dengan bersama-sama, dan tiada seorang pun yang akan terabai sewaktu bekerja. Ini meningkatkan semangat untuk menyambut perayaan.-Misalnya, mengacau dodol, mesti dilakukan oleh beberapa orang dan mengambil masa yang lama. Senario sebegini pastinya dapat mengukuhkan silaturahim dalam kalangan ahli keluarga itu.
3. Di kampung, persediaan menyambut hari raya, lebih menjurus kearah kekeluargaan dan keharmonian serta kesederhanaan. Jikalau di bandar, masyarakat lebih ke arah materialiti. Segelintir daripada mereka membuat persiapan secara berlebihan, misalnya, semua barang haruslah dibeli yang baharu agar tampil cantik di mata orang. Hal ini berlawanan jika di kampung. Masyarakat akan lebih menumpukan soal kesederhanaan trtapi pada masa yang sama meriah. Setiap malam pada bulan puasa mereka akan megerjakan sola tarawih, manakala masyarakat bandar ada yang tidak mampu mengerjakannya kerana terlalu sibuk dengan majlis berbuka puasa di hotel mahupun sibuk dengan urusan kerja dan kegiatan membeli belah untuk persiapan terakhir menyambut sesuatu perayaan itu.
4. Fikiran lebih tenang, kerana berjumpa sanak saudara. Masing-masing melupakan kesibukan kerja dan lebih fokus terhadap keluarga. Suasana nyaman dan nostalgia zaman2 dahulu menggamit semula keseronokan beraya di kampung berbanding dengan braya di bandar.
5. Keselamatan anak2 lebih terjamin sewaktu merek apergi mengunjungi rumah jiran2 memandangkan di kampung tiadanya jalan yang sibuk. Oleh itu, hal ini dapat menyenangkan ibubapa yang bimbang akan keselamatan anak2 mereka sewaktu pergi mengunjungi rumah jiran tetangga untuk memperoleh duit raya.
6. generasi muda dapat merasa sendiri keunikan cara membuat kuih raya mengikut teknik tradisional, cth, bahulu yang dibakar menggunakan arang. Selain itu, mereka juga boleh belajar menganyam ketupat dan memasak hidangan hari raya menggunakan bahan2 tradisional. Di samping menguatkan hubungan silaturahim dalam kalangan sepupu dan mereka yang lebih dewasa.
No comments:
Post a Comment