Pengenalan
- Program Patologi Pertuturan yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan program pengajian penuh masa selama 4 tahun atau 8 semester dan di akhir program pengajian, graduan akan ditauliahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan (Patologi Pertuturan). Program ini telah dimulakan pada sidang akademik 2005/2006 dengan pengambilan pelajar yang dihadkan kepada 10 orang sahaja pada setiap tahun pada peringkat permulaan ini. Pengambilan pelajar ini akan ditambah dari masa ke semasa apabila prasarana pusat pengajian ini dapat disiapkan dan bilangan tenaga pengajar mencukupi kelak. Secara amnya, program Patologi Pertuturan adalah satu bidang pengajian tentang perkembangan pertuturan dan bahasa, masalah-masalah komunikasi, suara, kelancaran pertuturan dan/ atau penelanan kanak-kanak dan dewasa melalui pengelakkan (prevention), identifikasi, ujian, rawatan, habilitasi dan/ atau rehabilitasi, mendidik serta perkhidmatan kaunseling kepada mereka. Program ini memberi kelayakan kepada graduan bekerja sebagai seorang Patologis / Terapis Pertuturan-Bahasa (Speech and Language Pathologist/ Therapist). Terdapat pelbagai sektor di Malaysia yang boleh diceburi oleh Terapis Patologi Pertuturan-Bahasa (rujuk bahagian Maklumat Ijazah dan Pengiktirafan), terutamanya sektor kesihatan. Ini sejajar dengan wawasan PPSK yang menyediakan graduan-graduan mahir di dalam bidang yang berasaskan sains serta berkaitan dengan kesihatan dan perubatan.
Objektif Program
1. | menghasilkan graduan yang berketerampilan dan mempunyai asas yang kukuh dari segi sains biologi manusia, linguistik yang diperlukan dalam mengendalikan pesakit-pesakit bermasalah pendengaran, pertuturan, bahasa, suara serta pesakit dengan masalah neurologi perolehan dan kongenital. |
2. | melahirkan graduan yang berupaya mengendalikan sesi terapi dengan kemahiran klinikal yang mantap dan berfikiran kritikal, serta secara profesional dan beretika. |
3. | menghasilkan graduan yang mantap dan mampu mengaplikasikan prinsip-prinsip, kaedah-kaedah dan prosedur-prosedur penilaian, penjangkaan, diagnosis secara bukan perubatan, pengujian, perundingan, kaunseling, memberi arahan serta menjalankan habilitasi atau rehabilitasi, tentang perkembangan dan masalah-masalah pertuturan, suara, penelanan, dan/ atau bahasa bagi tujuan diagnosis, mengelak (prevention), mengidentifikasi, membaikpulih, modifikasi masalah dan keadaan seseorang individu dan/ atau sekumpulan individu. |
4. | melahirkan graduan yang mampu berdikari serta berilmu pengetahuan seterusnya membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. |
1 comment:
ohmaigoddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddd please offer this course 100% in English please.....it sounds really really ridiculous in BM...
Post a Comment